Aura Minda Pintar




Auralife telah mula memasarkan Aura Minda Pintar pada awal tahun 2010, dengan kehebatan produk ini, jualan nya telah meletup di pasaran Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapore dan Brunei. Aura Minda Pintar adalah hasil gabungan IQ+EQ+SQ dan Aura. Produk ini sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Satu kotak kecil mengandungi 40 biji tablet dan 1 botol minyak wangi Genius dan harga jualannya adalah RM90.00. Ahli Auralife mestilah membeli satu set Aura minda pintar iaitu 160 biji tablet minda dan 4 botol minyak wangi. Bahan-Bahan semulajadi yang digunakan adalahTeratai, Pucuk pegaga, Spirulina dan Dha.

Teratai adalah sejenis tumbuhan air, bunga dan akarnya adalah halal dan mempunyai penyembuhan untuk ratusan penyakit. Kekuatan teratai mengatasi stress dan menenangkan fikiran, melegakan palpitasi, mengurangkan tekanan darah dan Insomnia.

Pucuk Pegaga atau nama saintifik nya Asiatic peennywort adalah tumbuhan menjalar yang tumbuh di tanah. Tumbuhan herba ini terkenal dengan kegunaannya yang pelbagai dan juga tumbuhan yang mujarab dan kaya dengan nilai perubatannya.Tumbuhan ini dikenali ramai disebabkan oleh kebaikannya kepada otak. Ia juga mempunyai ciri-ciri yang boleh kurangkan tekanan. Ia membantu untuk memperbaiki konsentrasi, Kebolehan berfikir, dan juga mengurangkan kemurungan. Tumbuhan ini juga merupakan kunci kepada menangani tekanan dan merupakan rahsia untuk hidup lama. Asiatic peennywort membantu untuk membaiki reaksi otak serta penyahtoksikan otak (daripada toksin seperti dadah dan logam berat).

Spirulina adalah sejenis alga berwarna biru kehijauan yang membiak secara semulajadi dalam air. Ia juga merupakan organism photosintetik hidup yang terawal di bumi dan telah wujud sejak 3.5 billion tahun. Rupa bentuk fizikalnya boleh dikategorikan berdasarkan pusaran dan multisel trichome. Sesetengah suku kaum afrika menggunakan spirulina untuk menghasilkan makanan sejak ratusan tahun yang lepas. Sejak beberapa dekad yang lalu, para saintis mendapati bahawa spirulina mengandungi antara 60% dan 70% protein daripada berat tanpa airnya di mana protein tersebut adalah sumber protein semulajadi terbaik untuk manusia yang boleh didapati sekarang. Jumlah protein ini adalah 6 kali ganda lebih tinggi daripada bijirin, empat kali ganda tinggi daripada daging khinzir, tiga kali ganda daripada ikan, lima kali ganda daripada telur dan 2.4 kali ganda daripada keju kering. Kadar nya adalah setinggi 95%. Ia juga kaya dengan protein alga biru, vitamin, mineral dan kandungan asid amino, asid lemak dan polisakarida spirulina yang tinggi. Ia disyorkan oleh UNFAO dan persatuan makanan sedunia sebagai “makanan ideal untuk abad ke-21” kerana nilai nutrisinya.


 

DHA ialah asid lemak penting dalam badan manusia. Ia membantu untuk meningkatkan ingatan dan pemikiran, mencergaskan otak dan faedah-faedah lain. Ia penting untuk fungsi-fungsi otak dewasa yang normal dan pembangunan sistem saraf pusat bayi semasa enam bulan pertama. Mengikut penyelidikan, badan seseorang yang mempunyai DHA di peringkat tinggi lebih kukuh secara mental dan mempunyai IQ yang lebih tinggi. DHA juga bantu memperbaiki rabun jauh dan penglihatan. Wanita mengandung yang mengambil makanan yang kurang DHA, boleh menyebabkan bayi buta. Sementara itu, asid lemak adalah penting dalam memelihara pelbagai fungsi-fungsi badan. Kekurangan asid lemak penting akan membawa kepada bermacam-macam gejala-gejala, termasuk terencat, berskala seperti mengupas, kemandulan, cacat mental dan lain-lain.


  
KELEBIHAN PRODUK AURA MINDA PINTAR 
  • Mencergaskan minda dan IQ serta mengatasi tekanan perasaan.
  • Memberi kesegaran berfikir serta menguatkan daya ingatan.  
  • Memberi kesegaran akibat keletihan dan kelesuan.
  • Memulihkan tenaga semulajadi.
  • Mengharmonikan fizikal dan mental.
  • Mengembalikan fungsi organ-organ yang telah lemah.
  • Membantu meningkatkan penyaluran oksigen ke otak dengan sendirinya menjadi minda pintar positif.
  • Memberi kemahuan serta minat untuk belajar.

 
 
KEPINTARAN MINDA (IQ)
  • IQ adalah singkatan kepada “Intelligence Quotient”.
  • “Quotient” bermaksud suatu ukuran piawai kepintaran yang berasaskan teori-teori kepintaran.
  • Merumuskan keputusan.

 KEPINTARAN EMOSI (EQ)

  • EQ adalah singkatan kepada “Emotional Quotient”
  • Keupayaan menilai, memahami, dan meluahkan perasaan.
  • Menjalankan keputusan yakin diri.
KEPINTARAN JIWA (SQ)
  • SQ adalah singkatan kepada “Spiritual Quotient”.
  • Dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.
  • Melengkapkan hasil perlaksanaan.